Majlis Penutupan Latihan Intensif Bakal Komander ke-50

 
Pada 3 Februari 2016, Band of Spirit Shah Alam telah diundang untuk mengiringi kawad bakal komander serta membuat persembahan. Pada majlis itu, bakal komander yang menjalani Latihan Intensif Bakal Komander Siri ke-50 ditauliahkan pangkat komander.

Kehadiran BOSS mengiringi acara ternyata menarik perhatian tetamu VIP dan ibu bapa yang turut hadir.

Selain lagu protokol, BOSS mengemudi acara dengan slot persembahan dengan dua buah lagu iaitu Ikan di Laut Asam di Darat dan juga Medley Bagpipes: Ikan.


0 comments:

Majlis Perasmian Penutupan LIBB Siri ke-44

Pelatih bermain lagu Pokerface, 79th Farewell to Gibraltar, Setia dan Sinaran.

Pada 31 Januari 2016 lalu, Latihan Intensif Brassband Siri ke-44 menutup tirainya selepas 10 hari para pelatih seramai 77 orang mempelajari asas muzik dan bermain dekat 20 buah lagu sepanjang tempoh itu.

Latihan yang diadakan selama sepuluh hari iaitu pada 21 hingga 31 Januari 2016 lalu bertujuan mencungkil bakat pelajar serta mengajar teori dan praktikal muzik dengan bermain hampir 20 buah lagu dalam tempoh itu.

Melalui program ini, pelajar yang tiada kemahiran muzik diberi peluang untuk belajar dan sekali gus menanam minat mereka selain turut memupuk semangat berdisiplin, kesefahaman dan kerjasama antara peserta.

Menurut Pengarah Pusat Kokurikulum UiTM Shah Alam, Brigedial Jeneral Prof Madya Sr. Haji Mohammad Yaziz Ahmad, ketekunan peserta mempelajari muzik selama 10 hari ketika cuti semester terbukti telah membuahkan hasil.

"Hari ini, para peserta telah berjaya membuktikan mereka mampu bermain alat muzik dengan baik hasil latihan ini. Bermula dengan 'zero knowledge', kini sudah mampu bermain muzik dengan hanya 10 hari latihan," katanya.

Program anjuran Pusat Kokurikulum UiTM Shah Alam dengan kerjasama Persatuan Pancaragam Kesatria UiTM (Perpakes) ini turut memperlihatkan penglibatan pelajar-pelajar senior sebagai urus setia dan pembimbing para peserta dengan bantuan guru-guru muzik badan beruniform yang lebih dikenali sebagai Band of Spirit Shah Alam (BOSS) itu.

Pada malam itu, pelatih bermain dekat 20 buah lagu. Antara yang mencuri perhatian penonton ialah lagu Pokerface (Lady Gaga), 79th Farewell to Gibraltar, Setia (Faizal Tahir dan Elizabeth Tan) dan Sinaran (Datuk Sheila Majid).

Selain persembahan muzik, majlis itu turut menyaksikan penganugerahan pelatih-pelatih terbaik mengikut instrumen serta dua anugerah khas iaitu Pelatih Terbaik Keseluruhan Siswa dan Pelatih Terbaik Keseluruhan Siswi yang masing-masing dimenangi oleh Mohamad Faiq Ilhan Johar dan Umi Kalsyum Abdullah Pani.

Mohamad Faiq Ilhan berkata, dia berterima kasih atas penganugerahan yang diterima.

"Saya juga berterima kasih kepada cikgu, urus setia, komander dan rakan-rakan untuk pengalaman di LIBB yang takkan dilupakan," katanya yang berazam untuk lebih aktif dan sentiasa memperbaiki mutu persembahannya yang bermain quad tom.

Berikut merupakan senarai pemenang pada majlis penuh meriah itu.

Pelatih Terbaik Keseluruhan Siswa: Mohamad Faiq Ilham Johar (Quad Tom)
Pelatih Terbaik Keseluruhan Siswi: Umi Kalsyum Abdullah Pani (Upper Brass)
Pelatih Terbaik Flute: Amirah Afizah Mohd Jaafar
Pelatih Terbaik Clarinet: Nur Liana Azizi
Pelatih Terbaik Saxophone: Amirul Imran Idopi
Pelatih Terbaik Upper Brass: Nurul Ezlisa Loy Ahmad Sabri
Pelatih Terbaik Trombone: Yasmin Rozairi
Pelatih Terbaik Euphonium: Ahmad Luqman Adenan
Pelatih Terbaik Tuba: Adam Akashah Ahmad
Pelatih Terbaik Percussion: Mas Rozieyatul Akmallina Masadi
Pelatih Terbaik Bagpipes: Muhammad Ikhwan Mohammed Pauzi
Pelatih Terbaik Colour Guard: 'Alia Fatihah Khauluddin

Sebelum ini, BOSS pernah menjadi johan dua kali berturut-turut pada Pertandingan Percussion Peringkat UiTM Seluruh Malaysia 2014 dan 2015 selain turut mengharumkan nama negara di peringkat antarabangsa.

Merchandise eksklusif BOSS turut laris terjual pada majlis itu.

Antara khalayak ibu bapa yang hadir menyokong.

Brigedial Jeneral Prof Madya Sr. Haji Mohammad Yaziz Ahmad (tengah) bersama para VIP yang lain dan jurulatih bergambar kenangan bersama pelatih-pelatih seusai majlis.



0 comments: