Tentang BOSS

Logo rasmi Band of Spirit Shah Alam

Band of Spirit Shah Alam (BOSS) adalah nama tidak rasmi atau alternatif untuk Persatuan Pancaragam Kesatria UiTM Shah Alam (PERPAKES). Badan beruniform berdaftar di bawah Pusat Kokurikulum UiTM Shah Alam ini dianggotai oleh mana-mana individu yang pernah terlibat semasa pembangunan PERPAKES. 

Logo rasmi PERPAKES

PERPAKES adalah singkatan bagi Persatuan Pancaragam Kesatria UiTM Shah Alam yang ditubuhkan pada tahun 1978. Ia adalah nama rasmi untuk pasukan pancaragam UiTM Shah Alam. Dianggotai oleh pelajar-pelajar UiTM Shah Alam lepasan korikulum semester 4 hingga semester akhir. Kebanyakan ahli adalah daripada pelajar kor-brassband. Pelajar bukan berasal dari kor-brassband juga boleh untuk menjadi ahli dengan syarat mengisi borang keahlian PERPAKES dan yuran tahunan sebanyak RM5. Pelajar-pelajar PERPAKES dan kor-brassband boleh menikmati 'function-function' dalaman dan luaran selagi mendapat kebenaran dari Drum Major dan Section Leader.  

Antara penglibatan dan pencapaian Band of Spirit Shah Alam

Champion UiTM Drum Competition 2015
Best Quad Tom Award UiTM Drum Competition 2015
 
Participate in KLIYMBC

5th Place and Silver Award in Marching Mompetition

Participate in  The KL Highland Games 2014
Gold in Tenor Drum Solo:Novice Grade
Bronze in Bagpipe Solo: Novice Grade

Champion UiTM Drum Competition 2014
Best Cymbals Award  UiTM Drum Competition 2014
Best Colourguards Award UiTM Drum Competition 2014

UiTM Pipe Band participated in the 2013 Pipes & Drums Competition in conjunction with Hari Wilayah held in Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.

First try of full band UiTM in a National competition achieve a success by gaining a 1st place in National Field Parade Competition 2012 Open category.

Champion of the 2012 National Parade Competition Open Category.

Best Drum Major for the 2012 National Parade Competition Open Category.

2nd Runner Up for the 2012 National Parade Competition Drum Battle Category.

Best Tom Player for 2012 Drum competition held at Jengka Campus.

Second runner-up 2011 Drum Competition held at Perak Campus

UiTM Drumline participated in the 2010 KLWMBC Drum Battle held in Pavilion Kuala Lumpur and managed to reach the quarterfinals, losing to eventual winners Bhina Charaka from Indonesia. By points counting, UiTM Drumline stands 2nd in Malaysia and 5th overall. The UiTM Drumline also won the gold medal for the Hong Kong Marching Band Competition which held in Dec 2010.

The Pipe band and the Drumline also participated in MWBC 2010 held in Dataran Bandaraya Johor Baru, Johor.

Champion of the 2010 Drum Battle held at Kelantan Campus.

UiTM Pipe Band participate in the 2009 MWBC Pipe Band Competition and Street Parade held in Kuala Lumpur.

3rd in the 2009 Drum Battle held at Johor Campus.

2nd in the 2007 and 2008 Drum Battle held at Perlis Campus and Terengganu Campus.


Champion of the inaugural UiTM Drum Battle Competition in 2005.


Gambar dibawah adalah 'pamphlet' PERPAKES. Secara umumnya dipaparkan pada Hari Bertemu Pelanggan yang diadakan oleh Pusat korikulum UiTM Shah Alam. Untuk mendapatkan gambar yang lebih jelas, klik pada gambar atau buka pada tab baru dan zoom.





Pentadbiran PERPAKES terbahagi kepada 5 bahagian atau biasanya dipanggil section iaitu Percussion, Bagpipe, Upper brass, Lower brass, Woodwind dan yang terbaru Colorguard . Setiap section diketuai oleh Section Leader dan dibantu oleh Assistant Section Leader.

Dari segi pengurusan, PERPAKES juga terbahagi kepada biro-biro yang akan menjaga pentadbiran PERPAKES sepanjang mereka berkhidmat dalam persatuan. Antara biro-biro yang ada adalah Biro Dokumentasi, Biro Publisiti, Biro Logistik, Biro Uniform dan Biro Formasi. Tidak ketinggalan juga, Setiausaha dan Bendahari. Mereka adalah ahli rasmi PERPAKES yang dilantik melalui undian yang diadakan setahun sekali pada awal tahun. Mereka akan menabur bakti kepada PERPAKES sepanjang penglibatan dalam persatuan.

Antara alat-alat muzik atau instrumen yang terdapat dalam simpanan PERPAKES adalah:

SECTION PERCUSSION

HIGH TENSION SNARE DRUM (PEARL & PREMIER)
BASS DRUM (PEARL & PREMIER)
CYMBALS (SABIAN & ZILDJIAN)
MARCHING BELL (YAMAHA)
BELL LYRE

SECTION UPPER BRASS

TRUMPET (YAMAHA DAN JUPITER)
Bb HORN (YAMAHA DAN JUPITER)
FRENCH HORN (YAMAHA ATAU JUPITER)
MELLOPHONE (YAMAHA)

SECTION LOWER BRASS

TROMBONE (YAMAHA DAN JUPITER)
EUPHONIUM (JUPITER)
MARCHING TUBA (JUPITER)
SAUSAPHONE (JUPITER)

SECTION WOODWIND

ALTO SAXOPHONE (YAMAHA DAN JUPITER)
TENOR SAXOPHONE (YAMAHA DAN JUPITER)
FLUTE (YAMAHA)
CLARINATE (YAMAHA)

SECTION BAGPIPE

BAGPIPE (SHEPHERD SCOTLAND & PAKISTAN)
TENOR DRUM (PREMIER)
BAGPIPE HIGH TENSION SNARE DRUM (PEARL)

SECTION COLORGUARD

PRACTICE POLE WITH FLAGS




Kelayakkan untuk menjadi AHLI PERPAKES:

>Pelajar UiTM Shah Alam 
>Mempunyai minat yang amat mendalam terhadap Marching Band
>Lepasan kokurikulum iaitu semester 4 dan ke atas kecuali Komander Kesatria kompeni Brass Band
>Sanggup memberikan komitmen terhadap persatuan
>Boleh mendengar dan mengikuti arahan yang diberikan oleh Drum Major, Section Leader dan Assistant Section Leader.
>Borang pendaftaran boleh didapati di sini

Kelayakkan untuk menjadi Section Leader:

>Pelajar UiTM Shah Alam selain pelajar tahun akhir
>Berdaftar sebagai ahli PERPAKES
>Boleh bermain instrumen sendiri dengan baik
>Boleh membaca skor muzik
>Mempunyai disiplin yang tinggi
>Menepati masa yang ditetapkan
>Bijak menguruskan masa
>Pandai mengawal situasi semasa 'function'
>Dipersetujui oleh Drum Major terkini

Kelayakkan untuk menjadi Assistant Section Leader:

>Pelajar UiTM selain pelajar tahun akhir
>Berdaftar sebagai ahli PERPAKES
>Boleh bermain instrumen sendiri dengan baik
>Boleh membaca skor muzik
>Mempunyai disiplin yang tinggi
>Menepati masa yang ditetapkan
>Dipersetujui oleh Drum Major dan Section Leader terkini

*Syarat-syarat di atas berhak ditukar oleh Drum Major selepas persetujuan majoriti Section Leader semasa perjumpaan tahunan sahaja









*INSTRUMEN DI ATAS TIDAK DINYATAKAN MENGIKUT JUMLAH DAN JENAMA TIDAK SEMESTINYA TEPAT