Terima kasih BOSS

Salam. 

Pada jam 1323 tarikh 3.2.13 saya Khairul Adzwan Bin Khairullah meletakkan jawatan secara rasminya sebagai Drum Major dan Pengerusi Perpakes dari 2011-2013.

Terima kasih kepada bekas2 DM dan Assistant DM yang telah membantu saya selama ini. Tak lupa kepada biro2 yang telah sama2 membantu membangunkan BOSS sebelum ini.

Kepada semua ahli BOSS, jutaan kemaafan dipohon untuk segala kekasaran, terlepas kata, perselisihan faham, dan apa juga bentuk yang telah menyinggung perasaan semua orang. 

Sekali lagi kemaafan kerana tidak dapat membawa apa2 kemenangan dibawah kelolaan saya dan pentadbiran yang tidak berkesan.

Terima kasih yang x terhingga kepada semua keluarga BOSS kerana membantu saya dalam apa jua bentuk sepanjang pentadbiran saya. Hanya Allah yang dapat membalas jasa kalian semua.

Tahniah kepada pucuk pimpinan baru, semoga dapat membawa BOSS ke tahap yang lebih baik.

Ex-DM
Khairul Adzwan
(LIBB41, Dewan Annexe)

0 comments: