LATIHAN INTENSIF BRASS BAND KE 40

    


SALAM..

LATIHAN INTENSIF BRASS BAND KE-40 KALI INI AKAN BERLANGSUNG PADA 23/1/2012 SEHINGGA 1/2/2012. TEMPAT AKAN DIBERITAHU KEMUDIAN.

SATU PERJUMPAAN KHAS AKAN DIADAKAN PADA 29/11/2011 BERTEMPAT DI BILIK BAND PADA JAM 8.30 MALAM. 

KEHADIRAN ADALAH WAJIB DAN KHAS UNTUK SEMUA PELAJAR LEPASAN KORIKULUM YANG MENETAP DI LEVEL, SECTION LEADER, ASSISTANT SECTION LEADER, SEMUA BIRO-BIRO PERPAKES DAN SESIAPA SAHAJA PELAJAR LEPASAN KORIKULUM YANG BERMINAT UNTUK MENYERTAI JAWATANKUASA PENGELOLA LIBB KALI INI. 

*pelajar part 3 sem ini layak menghadiri meeting malam ini kerana hujung sem ni korang bukan lagi budak kor. Digalakkan hadir untuk menjadi ajk.





AGENDA PERJUMPAAN LIBB KE-40

1. PERLANTIKKAN JAWATANKUASA LIBB 40.
2. CADANGAN PENAMBAHBAIKKAN PERJALANAN. PROGRAM LIBB 40
3. CADANGAN PEMBAHAGIAN KUOTA ELAUN.







SECARA UMUMNYA, JAWATANKUASA PENGELOLA TERBAHAGI KEPADA 2.

1. SEMUA BIRO, SETIAUSAHA, BENDAHARI, PENGARAH DAN TIMBALAN PROJEK

2. PEMBANTU JURULATIH.

SEMUA BIRO, SETIAUSAHA, BENDAHARI, PENGARAH DAN TIMBALAN PROJEK WAJIB HADIR SEMUA POST MORTEM, DATANG TEPAT PADA MASA, SAHSIAH RUPA DIRI TERJAGA, DISIPLIN, AKUR DENGAN ARAHAN KETUA, MENDAPAT ELAUN MAKANAN DAN KEWANGAN, TAG NAMA, MENDAPAT PENEMPATAN KOLEJ, DAN FREE ACCESS UNTUK KE BILIK GERAKAN.

PEMBANTU JURULATIH PULA WAJIB UNTUK MENEPATI SAHSIAH RUPA DIRI SEMASA MENGAJAR, DATANG MENGAJAR SEKURANG-KURANGNYA 50% DARIPADA SESI MENGAJAR SEHARI, TAG PEMBANTU JURULATIH, ELAUN MAKANAN, DIGALAKKAN UNTUK MENGHADIRI PERJUMPAAN / POST MORTEM ( TIDAK WAJIB ), AKUR DENGAN ARAHAN KETUA, DAN KEMUDAHAN KOLEJ TIDAK DIJAMIN TETAPI AKAN DIUSAHAKAN.





ANTARA JAWATANKUASA PENGELOLA YANG AKAN DILAKSANAKAN PADA LIBB KE-40 ADALAH:

PENGARAH PROJEK
TIMBALAN PENGARAH PROJEK
SETIAUSAHA
BENDAHARI
BIRO DISIPLIN
BIRO PENDAFTARAN DAN MAKANAN
BIRO DOKUMENTASI DAN KESIHATAN
BIRO PUBLISITI DAN MULTIMEDIA
BIRO LOGISTIK 
BIRO PENGANGKUTAN DAN PERASMIAN

HAD JUMLAH JAWATANKUASA: 30 ORANG.
HAD JUMLAH PEMBANTU JURULATIH: TIDAK TERHAD 

SEBARANG PERTANYAAN BOLEH BERHUBUNG TERUS DENGAN DM ATAU CIK AZUNA

0 comments: